suria

Pemain berusia 18 tahun dijangka lenyapkan legasi Ronaldo di Real Madrid

SETELAH Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid, ramai yang tertanya-tanya mengenai masa depan kelab itu.

Adakah ia mampu bersinar, sebagaimana sewaktu Ronaldo masih bersama mereka?

Itu antara persoalan yang sering dibangkitkan pemainat-peminat bola sepak.

Terbaharu, kehadiran Vinicius Junior dikatakan bakal melenyapkan legasi Ronaldo sebelum ini.

Baru berusia 18 tahun, pemain Brazil itu menyertai Real Madrid pada musim panas lalu dengan £40 juta (RM184 juta).

Dia dilahirkan pada 12 Julai 2000 di Sao Gancolo, Rio de Janeiro dan memulakan kerjaya dengan kelab Flamengo pada 2017.

Pada tahun itu juga, dia tersenarai di kedudukan ke-39 sebagai pemain bawah 24 yang terbaik di dunia.

Bagaimanapun, jurulatih baharu, Julen Lopetegui dikatakan tidak mempercayai bakat Vinicius dan hanya meletakkannya dalam kumpulan Madrid B sahaja.

Pasukan itu juga kini berhadapan dengan detik sukar dengan krisis jaringan gol terburuk dalam sejarah mereka. - Mirror.

Artikel Lain