suria

"Saya kenal sangat pemain-pemain Liga Perdana", Mourinho tak minat tonton perlawanan Manchester United

Mourinho hadir ke stadium menyaksikan perlawanan di Lille.

JOSE Mourinho mengakui dia tidak menonton perlawanan Manchester United kalah kepada Paris Saint-Germain (PSG) kerana sangat kenal dengan pemain-pemain Liga Perdana Inggeris.

Bos Portugis itu dipecat oleh United pada Disember lalu selepas tewas kepada Liverpool 3-1.

Mourinho dilihat berada di Lille menyaksikan pemain-pemain berbakat Ligue 1 pada Ahad bagi persediaan perjalanan kariernya, namun akui tidak berminat dengan Red Devils.

"Tidak, saya tidak menontonnya," jelas Mourinho kepada beIN Sports.

"Saya menonton perlawanan ke satu perlawanan, tetapi lebih berminat dengan liga lain. Liga Perdana...saya sangat kenal mereka.

"Saya boleh bayangkan diri saya sebagai jurulatih dalam Ligue 1," jelas ketika ditanya jika berminat melatih pasukan teratas kelab Perancis.

"Saya lelaki yang bekerja di empat negara berbeza, saya suka belajar dan mengetahui budaya lain. Bekerja dengan kelab juara akan menjadi sebagai pengalaman hebat.

"Buat masa sekarang saya lebih tenang. Saya cuba habiskan masa dengan keluarga, juga bersama kawan-kawan dan dalam masa sama bekerja untuk mencari peluang betul untuk kembali ke latihan.

"Dua, tiga bulan tidak berkerja, okay, selepas itu ia lebih sukar. Saya berharap akan ada peluang untuk kembali lebih baik.

"Projek saya sebagai individu dan jurulatih adalah untuk menjadikan diri saya lebih baik, berfikir sepanjang hari tentang profesion ini yang juga sebagai minat. Tetapi sekarang bukan masa tepat untuk bercakap mengenai kelab," jelasnya.

Mourinho dikaitkan dengan tugas lamanya di PSG dan turut disebut di Real Madrid atau Inter Milan. -Dailymail.co.uk

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain