suria

Dakwaan Putera Mohammed Salman mahu ambil alih United tak benar

Putera Mohammed Salman.

PUTERA Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menafikan dakwaan dia membuat bidaan untuk mengambil alih Manchester United.

The Sun mendakwa Mohammed Salman bersedia melabur sebanyak 3.8 juta pound sterling untuk menguasai sepenuhnya kelab tersebut daripada keluarga Glazers.

Lembaga pengarah United dilihat menghabiskan masa di Arab Saudi ketika timbul khabar angin mengenai kelab itu menerima pelaburan besar daripada Mohammed Salman.

Namun jurucakap keluarga diraja Arab Saudi akhirnya menjawab teka-teki mengenai khabar angin itu.

"Laporan mendakwa HRH Putera Mohammed Salman berhasrat untuk membeli @ManUtd adalah tidak benar.

"Manchester United mengadakan mesyuarat dengan Dana Pelaburan Awam (PIF) Saudi untuk membincangkan mengenai peluang penajaan. Tiada rundingan dimuktamadkan," kata Menteri Penerangan Arab Saudi, Turki al-Shabanah menerusi Twitternya.

PIF ditubuhkan pada 1971 untuk menyokong projek yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi Saudi.

Ia adalah dana ke-10 terbesar dunia dengan nilai US$360 bilion, menurut Institut Dana Kekayaan Negara (SWFI).

Keluarga Glazers melabur kira-kira 790 juta pound kira-kira 14 tahun lalu untuk meningkatkan penguasaan mereka di dalam kelab.

United berdepan kesukaran untuk menyaingi Manchester City sejak mereka menerima sokongan kewangan daripada Sheikh Mansour. - Mirror.co.uk

Artikel Lain