PERNAH menyuarakan sokongannya terhadap pasukan West Ham, pelakon kontroversi Mia Khalifa sekali lagi membuktikan kesetiaannya tiada lain tetapi buat kelab bola sepak itu. Terbaharu, Mia dilihat teragak-agak untuk menerima sehelai mafla pasukan Arsenal yang dihadiahkan oleh seorang peminat. Dia yang kini mahu memulakan kerjaya sebagai penyampai sukan bertemu dengan peminat itu menerusi rancangan AFTV. Rakaman tersebut menjadi tular kerana Mia enggan membenarkan dirinya dipakaikan mafla tersebut oleh pengacara rancangan berkenaan. Malah, dia juga kelihatan memegang mafla tersebut dengan hujung jari sahaja. Dalam rancangan itu, dia turut bermain permainan Bird Box Challenge yang diinspirasikan daripada filem Netflix, Bird Box. Menerusi kunjungan terbaharu ke United Kingdom, dia juga menyuarakan hasrat untuk melawat pasukan West Ham. - Daily Star.