suria

Ibrahimovic dedah rahsia kejayaan di Man United, 'tentera bawang' banyak membantu!

Zlatan Ibrahimovic semasa zaman kegemilangannya di Manchester United. Foto AFP

ZLATAN Ibrahimovic mendedahkan bagaimana 'kecaman' memberinya peluang untuk berjaya selepas melengkapkan perpindahan ke Manchester United pada 2016.

Ramai meragui sama ada penyerang Sweden itu boleh memberi impak di Manchester United dan sama ada dia 'cukup baik' untuk Liga Perdana Inggeris berikutan kejayaan cemerlangnya di Itali, Perancis dan skuad kebangsaan.

Ibrahimovic menegaskan bahawa dia bertekad untuk 'membuat orang-orang yang membencinya memakan diri' dengan membuktikan kemampuannya melakukan 29 jaringan dalam dua musim di Old Trafford.

Dia berusaha melakukannya meskipun sebahagian tempohnya di kelab itu mengalami kecederaan lutut yang teruk.

Bercakap kepada ManUtd.com, pemain berusia 37 tahun itu berkata: "Cabaran saya adalah, pada ketika itu, datang ke England, di mana saya telah bertahun-tahun orang mengatakan saya tidak cukup baik dan diberikan kecaman teruk."

"Saya suka perkara yang boleh memberi kesedaran kepada saya untuk lebih bersemangat. Selepas tiga bulan, kesemua mereka termakan dengan kata-kata sendiri. Saya memerlukan 'pembenci' baharu kerana semua yang lama telah menjadi penyokong baharu saya!"

Tahun lalu, Ibrahimovic meninggalkan Manchester United selepas mendapat tawaran bermain di kelab di Amerika Syarikat (AS), LA Galaxy. - Dailymail UK

Artikel Lain