suria

Kekasih Pogba hadir ke Old Trafford bersama bayi mereka berusia sebulan

Maria hadir ke stadium bersama anak dengan ditemani rakan dan pengawal peribadi Pogba.

PAUL Pogba dan kekasihnya, Maria Salaues menyambut bayi sulung mereka pada bulan lalu.

Dan sebulan selepas itu, Maria, 25, muncul di Old Trafford bersama anaknya hasil hubungan dengan Pogba.

Maria yang memakai jaket berwarna merah menjadi perhatian ramai apabila dia hadir menyaksikan Pogba beraksi bersama rakan pasukannya pada Ahad.

Namun bayi pasangan itu dilihat diletakkan di dalam kereta sorong.

Tiada maklumat terperinci mengenai bayi tersebut termasuk nama dan jantinanya.

Maria turut hadir memberikan sokongan kepada Pogba meskipun sarat mengandung Disember lalu.

Dengan bantuan rakan dan juga pengawal peribadi Pogba, Maria memasuki stadium dengan penuh bergaya.

Namun pada hujung bulan lalu, legenda Old Trafford, Bryan Robsob memberitahu Sportsmail:"Ketika saya menyaksikan Paul minggu lalu di Dubai bersama skuad United, kami berbual seketika dan saya mengucapkan tahniah di atas kelahiran anaknya.

"Dia kelihatan amat tenang dan bersahaja.

Meskipun Pogba aktif di media sosial, tiada sebarang pengumuman dibuat berhubung kelahiran anaknya itu.

Hubungan Pogba dengan model dari Bolivia itu mula hangat diperkatakan sejak Maria dirakam menyokongnya semasa aksi Piala Dunia di Rusia musim panas lalu. - Dailymail.co.uk

Maria Salaues, Paul Pogba

Artikel Lain