suria

Akui suka berparti, Neymar beri amaran jangan kaitkan aktiviti sosial dengan prestasi permainan

KISAH pemain bola terkenal yang suka berparti bukanlah sesuatu yang asing.

Antara yang sering diperkatakan termasuklah bintang Paris Saint-German (PSG), Neymar.

Dia bagaimanapun menafikan bahawa hobinya yang suka berparti menjadi penghalang untuk kejayaannya dalam sukan.

Pemain berusia 27 tahun itu baru-baru ini berparti secara mewah sempena ulang tahun kelahirannya yang diadakan di Paris, Perancis.

Ia sekaligus membangkitkan persoalan mengenai komitmennya terhadap bola sepak.

Neymar kini sedang bergelut dengan kecederaan kakinya dan terpaksa menggunakan tongkat.

"Saya tak rasa kehidupan sosial saya mengganggu prestasi permainan.

"Statistik saya di atas padang masih lagi bagus. Kehidupan peribadi saya adalah urusan saya.

"Saya akan terus melakukan apa yang saya suka kerana ia adalah saya," ujarnya.

Tambah Neymar lagi, dia tidak kisah sekiranya prestasi permainan dia dipersoalkan.

Namun, dia kurang senang sekiranya kehidupan di luar padang turut dijaja dan dikaitkan dengan kerjayanya.

"Kalau saya nak keluar, saya keluar. Tapi saya pastikan saya tahu apa nak buat keesokan harinya.

"Prestasi saya bukan disebabkan cakap-cakap orang. Saya bagus sebab saya nak jadi bagus.

"Saya main bola dan saya sukakannya," ujar Neymar lagi. - ESPN.

Neymar, PSG, Kaki Parti

Artikel Lain