suria

Morientes yakin Liverpool juara EPL musim ini

BEKAS penyerang Liverpool Fernando Morientes yakin kelab kendalian Jurgen Klopp mampu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Fernando, yang menyarung jersi The Reds pada musim 2005-2006 memberitahu, prestasi baik sejak musim lalu antara kelebihan bekas kelabnya itu untuk lebih sukses tahun ini.

Ramalan pemain berusia 42 tahun ini sama seperti yang diutarakan seorang lagi bekas skuad Liverpool, Michael Owen ketika berkunjung ke Selangor baru-baru ini.

Artikel berkaitanOwen ramal Liverpool bakal juarai Liga Perdana Inggeris, United duduki kelompok empat teratas

"Liverpool mempunyai peluang tahun ini yang tidak ada tahun.

"Mereka boleh menang trofi Liga Perdana juga piala Liga Juara-Juara. Tahun lalu mereka tewas di pentas akhir," ujarnya yang kini berada di ibu negara.

Biarpun hanya satu musim berada di Anfield sebelum perpindah ke Valencia (2006-09), Fernando tetap mengikuti perkembangan semasa Liverpool.

"Liverpool mempunyai pemain-pemain yang hebat seperti Sadio Mane, Mohamed Salah serta Roberto Firmino.

"Mereka boleh buat," ujar bekas pemain Sepanyol itu.

Perebutan trofi liga musim ini semakin sengit yang menyaksikan juara bertahan, Manchester City mendahului kedudukan di tangga teratas dengan kelebihan satu mata (71 mata).

Manakala Liverpool di kedudukan kedua dan bakal berdepan dengan Burnley pada Ahad.

"Saya harap Man City akan jatuh mata pada perlawanan seterusnya," ujarnya bergurau.

Fernando Moreintes, Liverpool

Artikel Lain