suria

Rapat dengan Hamilton, Neymar anggap juara F1 seperti adik beradik berlainan ibu

PEMAIN sensasi, Neymar dilihat bersama dengan Juara Formula 1 (F1) Lewis Hamilton di Doha.

Pertemuan itu didedahkan Neymar menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen yang disertakan, Neymar menyifatkan Hamilton seperti adik beradiknya sendiri sekaligus memberi bayangan mengenai hubungan akrab mereka.

"Adik beradik berlainan ibu," tulisnya di Instagram.

Hamilton turut memuat naik paparan video Neymar di lokasi itu menerusi laman Instagram Story.

Neymar kini sedang berehat daripada kecederaan kaki yang menimpanya sekitar Januari lalu.

Hamilton pula kini sedang mempersiapkan diri untuk perlumbaan pertamanya tahun pada tahun 2019, 17 Mac ini.

Untuk rekod, Hamilton sudah memenangi lima kejuaraan F1. - Daily Mail.

Neymar, Lewis Hamilton

Artikel Lain