suria

Kedah terbangkan 4 pemain muda ke Cardiff City

Amirul Nizam (dua kanan) bersama tiga pemain dari skuad Piala Presiden yang terpilih menjalani latihan bersama Cardiff City. Foto Kredit: KFA

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menghantar empat pemain muda mereka terbang ke Cardiff City bagi menimba ilmu bersama kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Tiga pemain dari skuad Piala Presiden adalah Mohd Suhaimie Saad, Aminuddin Abu Bakar dan Mohd Asri Muhammad.

Manakala seorang lagi pemain muda dari skuad utama, Fazrul Danel.

Penolong Pengurus Piala Presiden Amirul Nizam Mahadzir berkata, kerjasama dengan Cardiff City ini merupakan peluang terbaik untuk pemain-pemain muda Kedah menimba ilmu.

"Saya harap mereka dapat pergi mencari ilmu sebaik mungkin dari segi teknikal, disiplin.

"Paling penting mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana dan memberi persembahan terbaik sepanjang berada di sana," ujarnya ketika menghantar pemain-pemainnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Keempat-empat pemain itu berangkat ke London pagi Ahad dan akan menjalani latihan di Akademi Bawah 22 Tahun Cardiff City selama sebulan.

Salah seorang pemain, Asri mahu menggunakan peluang ini sebaik-baiknya.

"Harapan untuk belajar perkara yang berbeza di sana untuk balik ke sini.

"Persediaan paling penting perlu menyesuaikan diri dengan cuaca terlebih dahulu.

"Saya kagum dengan kelab Cardiff kerana mereka sangat konsisten walaupun pernah bermain dalam Divisyen 2 (Liga Kejuaraan) namun kembali ke Liga Perdana.

"Dari situlah saya mahu belajar cara mereka bermain dan berdepan dengan pasukan-pasukan hebat lain dalam liga," jelasnya sebelum berangkat.

Pemergian mereka ke Cardiff diiringi oleh Naib Presiden 1 KFA, Anas Hafiz Mustaffa dalam melaksanakan siri kedua Projek Kerjasama Pembangunan Bolasepak KFA x CCFC. 

Pemain Belia, Kedah, Cardiff City

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan