PEP Guardiola tampil membuka mulut mengenai laporan berkaitan dirinya yang bersetuju secara lisan pindah ke Juventus. Laporan media di Itali mendakwa pengurus Manchester City sudah bersetuju secara lisan untuk berpindah ke Juve dengan kontrak empat tahun. Artikel berkaitan: Guardiola buat persetujuan lisan sertai Juventus "Saya masih ada kontrak dua tahun di sini dan tidak akan berpindah. Mustahil. "Kecuali jika mereka pecat saya dan selepas pulang ke rumah. "Tetapi jika Manchester City masih mahukan, saya akan berada di sini selama dua tahun dan harapnya setahun lagi. "Saya tidak akan ke Juventus dalam tempoh dua musim akan datang," jelas jurulatih kelahiran Sepanyol itu. - Dailymail.co.uk