suria

Wenger tunggu bas di utara London

Wenger sedang menunggu sebuah bas.

BEKAS pengendali Arsenal, Arsene Wenger dijangka kembali semula ke padang sebagai ketua teknikal pembangunan FIFA, 10 bulan selepas meninggalkan The Gunners.

Sebelum memulakan karier baharu itu, Wenger dikesan berada di lokasi dia menghabiskan masa selama 22 tahun sebagai pengurus Arsenal.

Dia dilihat sedang menunggu sebuah bas di utara London.

Memakai jaket berwarna biru gelap sambil membawa fail yang dikepit dibawah ketiaknya, Wenger kemudian dilihat menaiki bas bernombor 326 menuju ke Finchley Central.

Semasa tidak lagi bersama Arsenal, Wenger bekerja sebagai pengulas sukan untuk BeIn Sport tetapi mengakui dia sedang mencari peluang untuk kembali ke padang.

Wenger turut memenangi anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berlangsung di Monaco di atas pengorbannya selama ini. - Dailymail.co.uk

Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Lain