JOSE Mourinho akhirnya bersuara selepas keputusan Real Madrid melantik Zinedine Zidane sebagai pengurus baharu. Mourinho yang dipecat Manchester United Disember lalu dilaporkan pernah bercakap dengan presiden Florentino Perez berkaitan untuk kembali ke Santiago Bernabeu. Namun pengurusan tertinggi kelab di Madrid dilihat menentang pengurus Portugal itu dan mungkin menjadi pilihan kedua, manakala pemain-pemain senior termasuk kapten Sergio Ramos amat bimbang jika kehadiran jurulatih itu jadi kenyataan. Perez membuat keputusan melantik kembali Zidane yang meletak jawatan sebagai pengurus akhir musim lalu selepas membawa kelab menjulang trofi tiga kali berturut-turut Liga Juara-Juara. "Zidane sangat sesuai di Madrid dan peluang terbaik untuk membuktikan betapa bagusnya dia mengendalikan projek baharu selepas melakar kejayaan hebat beberapa tahun ini sebelum ini. "Saya fikir ia sangat sempurna dan hebat." ujarnya kepada El Chiringuito. Ketika ditanya sama ada dia kecewa dengan pelantikan Zidane itu, Mourinho menjawab: "Saya tidak pernah cakap mahu atau tidak. "Saya hanya beritahu Zidane sangat sesuai," ujarnya. Dan apabila ditanya adakah Madrid memberi sebarang penjelasan, Mourinho berkata: "Kenapa mereka perlu memberi penjelasan kepada saya?". -metro.co.uk