PROSES perbincangan sambungan kontrak baharu di antara Manchester City dan Leroy Sane tergendala, gara-gara campur tangan ibu pemain itu. Beberapa sumber memberitahu Sportsmail bahawa Regina Weber, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1984 acara gimnastik telah menghalang City daripada mengikat pemain muda berbakat itu. City telah memulakan perbincangan bersama Sane sejak musim lalu dengan kontrak semasanya masih berbaki sehingga 2021. Bagaimanapa kelab juara bertahan Liga Perdana itu enggan memberi sebarang komen berkaitan isu tersebut. Malah City menganggap pemain berusia 23 tahun itu akan menyambung kontraknya memandangkan Sane pernah memberitahu Stadium Etihad seperti 'rumahnya'. Bapa Sane, merupakan bekas penyerang antarabangsa Senegal, Souleymane Sane secara rasmi mewakili bintang muda itu untuk bertapak di England, namun ibunya telah mencampuri urusan perbincangan. Sane merupakan pemain antarabangsa Jerman dengan 17 kap merupakan pemain Pep Guardiola yang turut membantu kelab mencatat kemenangan 7-0 pada aksi bertemu Schalke aksi Liga Juara-Juara pada Selasa. Guardiola mendedahkan tahap keyakinan Sane sedikit menurun berbanding pemain lain, namun dia masih sebagai kunci utama untuk City dengan 25 aksi Liga Perdana menyenaraikan namanya musim ini. - Dailymail.co.uk