suria

Kematangan Solskjaer kendali United buat Beckham rasa bangga

Foto Sky Sports

DAVID BECKHAM gembira dengan kematangan Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United.

Solskjaer berjaya menstabilkan prestasi kelab itu selepas mengambil alih posisi pengurus selepas Jose Mourinho dipecat pada Disember tahun lalu.

Pengurus baharu itu membawa United ke kedudukan kelima dalam Liga Perdana Inggeris dan berjaya membuat kemunculan semula selepas menang ke atas Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara.

Beckham pernah bermain dengan pengurus yang berasal dari Norway itu pada era paling cemerlang yang dilakar United iaitu sekitar 1998-99.

Bekas kapten England itu percaya pengalaman berharga Solskjaer di Old Trafford memberikannya platform untuk berkhidmat dengan baik.

"Beliau pernah berada di pentas terbesar dan mengecapi kemenangan, dia pernah berjaya.

"Sebagai seorang pengurus, dia melakukannya dengan matang dan dihormati oleh orang muda dan tua.

"Apa yang dilakukannya membuatkan kami sebagai bekas rakan sepasukan rasa amat bangga. Ia menyeronokkkan," kata Beckham.

Ketika di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson, mereka berdua memenangi lima Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Beckham juga percaya bahawa penyokong mahu melihat Solskjaer kekal di kelab itu untuk tempoh jangka panjang. - Sky Sports

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan