suria

Man United 'berputih mata' ke separuh akhir Piala FA, Solskjaer akui prestasi terburuk

Solskjaer kelihatan kecewa selepas skuadnya tewas kepada Wolves.

MANCHESTER United tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Wolverhampton Wanderers, 2-1.

Pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United 'mengambil langkah ke belakang' selepas tersingkir dalam saingan tersebut.

Jaringan Raul Jimenzea dan Diogo Jota pada babak kedua perlawanan memaksa pemain-pemain United berputih mata untuk mara ke separuh akhir.

Malah kemenangan tersebut menyaksikan Wolves mara ke  separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun.

"Ia adalah aksi 'kebelakang'.

"Ia juga merupakan prestasi terburuk sejak saya tiba di sini. Kami tahu, semua bermain baik ketika bertemu Arsenal minggu lalu dan tidak mendapat apa yang sepatutnya, tetapi hari ini kami terimanya.

"Tempo permainan tidak cukup tinggi dan kami bermain di tangan mereka. Kami mengawal keadaan memberi tekanan kepada penjaga gol atau pertahanan mereka. Tidak cukup kualiti," jelas Solskjaer.

Bagaimana pun Solskjaer memberitahu kekalahan adalah perkara semulajadi.

"Anda tidak akan boleh bermain di tahap tertinggi setipa kali.

"Jangan lupa, ia masih lagi berdepan dengan pasukan baik. Jangan ambil mudah dengan prestasi pasukan Wolves, walaupun kami dalam prestasi terbaik.

"Kami sangat kecewa, gagal mara ke separuh akhir. Saya beritahu kepada pemain-pemain dengan jelas, sudah tentu anda tidak boleh duduk dan merajuk dengan tempoh lama. Semua orang kecewa tetapi kami perlu ke depan," katanya.

Jaringan tunggal United dilakukan Marcus Rashford minit ke-90.- Dailymail.co.uk

Ole Gunnar Solskjaer, Wolves

Artikel Lain