KESATUAN Bola Sepak Eropah (Uefa) mengesahkan Cristiano Ronaldo dalam siasatan berikutan aksi tidak senonoh ketika bertemu Atletico Madrid. Pada aksi Liga Juara-Juara minggu lalu, bintang Portugal itu menjaringkan hatrik dan menunjukkan aksi tidak senonoh, meniru gaya yang dilakukan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone. "Berikutan siasatan disiplin yang dilakukan Uefa, satu kes tindakan tatatertib dibuka berdasarkan aksi Pusingan 16 Liga Juara-Juara perlawanan di antara Juventus dan Atletico Madrid pada 12 Mac lalu di Itali. Simone didenda Uefa dengan aksi tidak senonoh. "Dakwaan terhadap Kelab Juventus: -Tindakan tidak senonoh oleh pemain Cristiano Ronaldo. "Kes ini akan diputuskan dalam mesyuarat berikutnya pada 21 Mac," jelas kenyataan Uefa pada Isnin. Sekiranya didapati bersalah, pemain berusia 33 tahun itu bakal berdepan dengan penggantungan satu hingga tiga perlawanan, namun lebih kepada denda. Sebelum ini, Simone juga turut didenda €20,000 (RM92,569) kerana melakukan aksi sama ketika pusingan pertama bertemu Juventus.-Onefootball