suria

Sterling beri penghormatan kepada Dawkins curi tumpuan penyokong, England menang 5-0

RAHEEM Sterling mencuri tumpuan penyokong pada aksi Kelayakan Euro bertemu Republik Czech awal pagi Sabtu.

Selain aksi hatrik yang dilakukan pemain berusia 24 tahun itu, Sterling menjadi tumpuan ketika meraikan jaringan dengan mengangkat jersinya dan kelihatan gambar dia bersama seorang remaja di baju-T dalamnya.

Sterling memberi penghormatan kepada Damary Dawkins yang meninggal dunia minggu lalu akibat penyakit leukimia.

Penyerang England itu antara salah seorang yang bekerja keras menjalani kempen mencari penderma tulang untuk remaja berusia 13 tahun itu, namun selepas lima tahun Dawkin akhirnya tewas dalam perjuangannya hidupnya.

Sterling mengakui aksinya itu sekurang-kurangnya dapat menghilang rasa sedih Dawkins dan mahu mereka tersenyum.

"Damary adalah seorang kanak-kanak yang telah saya cuba bantu.

"Kami fikir sudah menemui penderma, namun agak kecewa kerana ia tidak sesuai dan dia telah meninggal dunia.

"Jadi saya rasa perlu cuba lakukan sesuatu dan membuatkan keluarganya senyum apabila melihat ini," ujar pemain Manchester City itu.

Kelihatan di baju-T itu, ditulis 'may you rest in peace'.

Dawkins merupakan bekas pemain elit Crystal Palace di pusat pembangunan pemain.

Dawkins menerima seorang penderma dari Amerika Syarikat Disember rlalu, namun tidak sesuai dengan badannya yang menyaksikan remaja itu kehilangan berat badan sebelum meninggal dunia.

Pada aksi tersebut, Sterling muncul sebagai wira dengan meledak tiga gol dalam aksi kemenangan 5-0.

Dua gol lagi hasil jaringan penalti Harry kane dan jaringan sendir pemain lawan, Kalas. -Dailymail.co.uk

Raheem Sterling, England, Dawkins

Artikel Lain