suria

Hend rangkul juara Kejohanan Golf Maybank 2019

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan penyampaian trofi kemenangan kepada Juara Kejohanan Maybank 2019 Scott Hend dari Australia di Saujana Golf & Country Club pada Ahad. Turut sama Pengerusi Maybank Datuk Mohaiyani Shamsudin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Abdul Farid Alias (kanan). Foto: Bernama

PEMAIN dari Australia, Scott Hend muncul juara Kejohanan Golf Maybank 2019 selepas mengalahkan Nacho Elvira dari Sepanyol pada penentuan 'play-off' di Kelab Saujana Golf  and  Country, dekat pada Ahad.

Penentuan 'play-off' terpaksa diadakan selepas kedua-dua pemain itu terikat dengan catatan keseluruhan 15 bawah par 273 selepas tamat saingan empat pusingan.

Pada aksi penentuan lubang pertama, Hend melakukan pukulan birdie manakala Elvira melakukan par.

Tempat ketiga disandang oleh pemain dari Thailand, Jazz Janewattananond, dengan ketinggalan dua pukulan.

Nicholas Fung muncul pemain terbaik negara dengan berkongsi kedudukan ke-15 bersama empat lagi pemain manakala pemain utama negara, Galvin Kyle Green berkongsi kedudukan ke-30 bersama lima lagi pemain termasuk juara tahun lalu, Shubhankar Sharma dari India.- Bernama

Scott Hend, Golf Maybank 2019

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan