suria

Mourinho ramal dua pasukan berentap di final Liga Juara-Juara

Jose Mourinho.

JOSE Mourinho tidak menyokong pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mara ke final Liga Juara-Juara musim ini.

Sebaliknya bekas pengurus Manchester United itu yakin Juventus akan bertemu Barcelona pada aksi penentuan tersebut nanti.

Juventus mara ke final musim lalu tetapi tewas di tangan Real Madrid manakala Barca tidak pernah menjulang trofi itu sejak kempen 2014-2015 yang menyaksikan mereka menundukkan Juve di final.

Juve akan bertemu Ajax pada aksi suku akhir manakala Barca menentang Manchester United.

Dan Mourinho yang masih mencari kerja baharu selepas dipecat United, Disember lalu percaya Juve dan Barca mempunyai campuran kualiti sempurna yang diperlukan untuk memenangi saingan berprestij itu.

Ronaldo menyuntik semangat Juve untuk menundukkan Atletico Madrid pada kelompok 16 pasukan terakhir.

"Juventus dan Barcelona adalah calon besar tetapi pasukan Inggeris juga ada selain Ajax dan Porto.

"Juve dan Barca mempunyai pengalaman, bakata dan mempunyai pemain istimewa. Kebiasaannya apabila anda ada pemain istimewa, pasukan anda lebih baik.

"Kita bercakap mengenai Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tetapi saya lebih suka bercakap mengenai Juventus dan Barcelona.

"Saya tahu sesiapa sahaja fokus kepada individu tetapi saya sentiasa menjadi seorang jurulatih bola sepak dan bola sepak sentiasa mengenai sukan berpasukan," katanya kepada AFP.

Jika Juve mengatasi Ajax, pasukan itu akan bertemu sama ada Manchester City atau Tottenham Hotspurs manakala Barca akan menentang Liverpool atau Porto jika mereka menundukkan United. - Metro.co.uk

Jose Mourinho, Juventus, Barcelona

Artikel Lain