MOHAMED Salah cukup sempurna di mata penyokong Liverpool. Tapi nampaknya ia menjadi perhatian ibu pemain kelahiran Mesir ini selepas sekeping gambar penyerang itu bersama seorang penyokong wanita. Gambar tersebut dirakamkan bersama salah seorang peminatnya semasa berkunjung ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. Ia kemudian tular di media sosial, dan disedari ibu Salah lalu membuat paparan skrin bagi imej berkenaan. Ibu Salah nampaknya tidak gembira dengan gambar Salah bersama seorang peminat. Foto Instagram Mohamed Salah Ibu Salah kemudian menghantar imej tersebut kepada anak lelakinya menerusi aplikasi WhatsApp dengan mesej dalam bahasa Arab. Berdasarkan terjemahan, ibu Salah menyebut: "Kalau mama nampak ayah kamu buat macam ni, mama akan minta cerai." Penyerang Liverpool itu tidak mengambil serius komen ibunya, sebaliknya membuat paparan skrin perbualan tersebut dan memuat naik di Instagram dengan emoji ketawa. - Mirror UK