suria

Solskjaer sah dilantik jadi pengurus tetap Manchester United

Foto Reuters

OLE Gunnar Solskjaer akhirnya berjaya memenuhi impiannya selepas disahkan menjadi pengurus Manchester United secara tetap.

Solskjaer telah memulihkan kelab itu secara luar biasa ketika bergelar penjaga sementara.

Beliau menandatangani perjanjian selama tiga tahun untuk menggantikan Jose Mourinho.

Laporan itu disahkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris tersebut pada Khamis pagi.

"Manchester United mengumumkan bahawa pengurus sementara dan bekas penyerang, Ole Gunnar Solskjær telah dilantik sebagai pengurus sepenuh masa kelab dalam kontrak selama tiga tahun," menurut kenyataan tersebut.

Solskjaer dilantik menjadi pengurus interim pada Disember lalu susulan keputusan kelab untuk memecat Jose Mourinho.

Ia satu penghormatan untuk menjadi pemain Manchester United dan kemudian memulakan kerjaya sebagai jurulatih di sini.

SOLSKJAER

Dia memenangi lapan perlawanan pertamanya dan meraih 14 kejayaan keseluruhan serta dua keputusan seri dalam hanya 19 perlawanan.

Solskjaer juga membimbing Red Devils kembali ke medan pertempuran untuk muncul sebagai empat pasukan teratas.

Ia merupakan satu pencapaian mustahil bagi United semasa dipimpin oleh Mourinho.

United juga menempah tempat di suku akhir Liga Juara-Juara untuk kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Solskjaer berkata: "Sejak hari pertama saya tiba, saya berasa seperti berada di rumah di kelab yang istimewa ini.

"Ia satu penghormatan untuk menjadi pemain Manchester United dan kemudian memulakan kerjaya sebagai jurulatih di sini." - Talk Sport

Artikel Lain