GARANG di atas padang, namun kapten Real Madrid, Sergio Ramos juga pandai berjenaka di media sosial. Pemain tampan yang bertubuh sasa itu memuat naik fotonya yang disunting bersebelahan pelakon Pablo Schreiber di laman Twitter. Foto tersebut turut disertakan dengan kapsyen lucu yang pantas menarik perhatian peminatnya di seluruh dunia. "Pablo Schreiber apa khabar? Saya Sergio Ramos, pemain bola profesional Sepanyol. "Saya banyak menerima mesej setiap hari, mereka kata kita kelihatan serupa. "Apa kata kamu? Gembira bertemu kamu, abang!" tulisnya di Twitter. Sehingga kini, posting berkenaan menerima hampir 3,000 ulang kicau (Retweet) dan lebih 12,000 tanda suka. Ia dikongsi menerusi Twitternya yang memiiki 16 juta pengikut. Schreiber merupakan pelakon Amerika-Kanada yang berusia 40 tahun. Dia sebelum ini pernah membintangi siri Orange Is The New Black. - Marca.com.