KERJAYA sebagai pemain bola sepak sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan. Selain bayaran tinggi, pemain juga hidup serba mewah selain digilai peminat-peminat di seluruh dunia. Malah, mereka juga sering mendapat tajaan produk-produk eksklusif yang pastinya dicemburui ramai. Terbaharu, Lionel Messi menerusi laman Insta Story miliknya memaparkan tiga pasang kasut yang direka khas berdasarkan siri popular Amerika Syarikat (AS), Game of Thrones. Perkongsian itu pastinya membuat peminat siri berkenaan berasa cemburu dengannya. Tiga pasang kasut berkenaan hadir dengan warna berbeza iaitu perak, hitam dan merah. Menerusi foto yang dipaparkan, jelas dapat dilihat perkataan Game of Thrones dicetak dalam kasut berkenaan. Dalam pada itu, Messi kini sedang berehat seketika daripada tugasnya sebagai pemain untuk Argentina. Dia bermain untuk negaranya buat pertama kali sejak Piala Dunia pada Jumaat lepas, namun gagal menghalang Argentina menang ke atas Venezuella. Dia kemudiannya kembali ke Barcelona dan dilaprokan tidak akan mengambil bahagian dalam perlawanan kedua melawan Maghribi. - Daily Mail.