JUARA Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov memuat naik satu posting di Twitter yang didakwa ramai sebagai satu sindiran kepada Conor McGregor. Menerusi posting itu, Khabib memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen “hanya ada satu raja di rimba.” Tweet itu dikongsi sejurus selepas pengumuman persaraan McGregor pada Selasa. Seperti yang diketahui ramai, Khabib dan McCgregor merupakan pesaing dalam sukan itu. Posting Khabib menarik perhatian ramai sehingga ia menerima lebih 13,000 ulang kicau (Retweet). Di Twitter McGregor pula, pengumuman persaraannya turut menerima lebih 80,000 perkongsian daripada pelayar laman sosial itu. "Hai, saya ada pengumuman, saya akan bersara daripada sukan MMA hari ini," tulisnya. Pada Oktober tahun lalu, dua peninju itu digantung Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC) susulan pergaduhan sewaktu saingan UFC.- FOX Sport.