suria

Solskjaer mahu Pogba, Rashford tolak tawaran berpindah kelab

Foto Reuters

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu Paul Pogba dan Marcus Rashford bahawa mereka adalah 'penting' untuk masa depan kelab walaupun khabar angin tentang mereka diintai oleh Real Madrid dan Barcelona bertiup kencang.

Solskjaer dilantik sebagai pengurus United secara sepenuh masa pada Khamis dan jurulatih berusia 46 tahun itu sedang berusaha untuk membaik pulih skuadnya pada musim panas selepas dijanjikan 'perbelanjaan perang' sebanyak £ 250 juta (RM1.3 bilion).

Bintang Borussia Dortmund dan England, Jadon Sancho berada di senarai teratas pemain pilihan Solskjaer.

Pengurus kelahiran Norway itu juga terdesak untuk mengekalkan pemain bintangnya menjelang kempen 2019/20.

Pemilik United percaya kelab itu boleh membuat serangan padu di bawah pimpinan Solskjaer pada musim depan.

Pogba dan Rashford dilihat sebagai pemain penting untuk maju ke depan.

Pogba kerap dikaitkan dengan Zinedine Zidane, sementara Barcelona sedang mencari langkah untuk mendapatkan Rashford sebagai pengganti masa panjang Luis Suarez. - Metro UK

Paul Pogba, Marcus Rashford

Artikel Lain