suria

Ronaldo mungkin terlepas perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara

Foto AFP

CRISTIANO RONALDO boleh terlepas perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara menentang Ajax.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Juventus, Massimiliano Allegri.

Ronaldo terpaksa berdepan dengan kecederaan paha pada perlawanan seri 1-1 antara Portugal dan Serbia sempena kelayakan Euro 2020 pada malam Isnin.

Allegri berkata, dia tidak akan mengambil risiko dalam perlawanan 10 April jika ia akan memburukkan lagi kecederaan itu.

"Dia (Ronaldo) sudah mula bergerak tetapi dia tidak akan kembali ke latihan sehingga dia kembali cergas

"Ada risiko dia akan terlepas perlawanan pertama menentang Ajax.

Foto AFP

"Kami perlu berhati-hati kerana kami berada dalam detik sulit musim ini.

"Ia lebih baik jika dia terlepas satu perlawanan dan kembali bermain selepas 100 peratus sihat, jadi tiada risiko kecederaan berulang.

"Lebih baik kehilangan satu perlawanan daripada dua bulan," kata jurulatih kelahiran Itali itu.

Juve kini sedang merebut gelaran juara Serie A buat kali kelapan berturut-turut.

Ronaldo menjadi kunci utama untuk meraih kedua-dua penghormatan domestik dan Eropah selepas menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan sejak berpindah daripada Real Madrid.

Walaupun mengalami kecederaan, pemain berusia 32 tahun tersebut enggan berehat terlalu lama. - Express UK

Artikel Lain