BAPA kepada bintang sensasi Lionel Messi terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Khamis malam. Menerusi kejadian di bandar Rosario, Barcelona, Jorge, 61, yang menaiki kereta BMW merempuh seorang penunggang motosikal. Rempuhan menyebabkan jejaka berusia 24 tahun itu tidak sedarkan diri sebelum dia dibawa ke hospital. Bapa Messi pula dibawa ke balai polis berdekatan untuk diperiksa dokumen berkaitan kenderaan dimilikinya. Selain itu, bapa Messi turut menjalani pemeriksaan pernafasan untuk melihat tahap alkohol sebelum dibenarkan beredar. Sewaktu kejadian, Jorge menaiki BMW M3 manakala jejaka itu menaiki Honda CG 150. Biarpun tidak sedarkan diri, jejaka itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Sehingga kini, Messi dan bapanya belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Untuk rekod, Jorge pernah didakwa atas kesalahan penipuan cukai pada 2016. - Mirror.