KETUA Jurulatih Juventus Massimiliano Allegri yakin Cristiano Ronaldo akan cergas berdepan dengan Ajax menjelang pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Rabu ini. Ronaldo tidak beraksi selepas mengalami kecederaan paha sejak aksi kelayakan Euro 2020 Portugal bertemu Serbia bulan lalu yang menyaksikan dia terlepas aksi seri 2-2 Juventus bertemu AC Milan pada Rabu. “Dia sentiasa bersedia, tetapi saya beritahunya supaya berehat (hari ini). Kami yakin dia akan bersama Rabu ini,” jelas Allegri kepada Sky Italia Tambahnya, Ronaldo semakin pulih. “Kami mempunyai peluang besar untuk melihat dia bertemu Ajax. Tetapi tunggulah sehingga hari perlawanan. “Kita ada Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu. Masih ada empat hari lagi dan peluang untuk lebih baik,” katanya. - OneFootball