MOHAMED Salah menjaringkan gol ke-50 Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool. Jaringan ke-50 Salah hadir dalam penampilannya yang ke-69 bersama kelab sekaligus menjadi rekod bermakna di Anfield. Pemain antarabangsa Mesir itu mencatat rekod lebih pantas daripada Fernando Torres, Luiz Suarez dan Robbie Fowler sebelum ini. “Saya fikir ia nombor yang ke-50 untuk Liverpool dalam Liga Perdana, jadi ia sangat istimewa. “Selepas Sembilan perlawanan, saya sangat gembira dan bangga, tetapi pasukan dan tiga mata penuh adalah lebih penting. Gol pertama saya dalam Sembilan permainan!,” jelas Salah selepas perlawanan pada Sabtu. Pada perlawanan tersebut, anak buah Jurgen Klopp itu menjaringkan tiga gol berbalas satu ke atas Southampton. -Onefottball