KEKASIH Cristiano Ronaldo mengakui dia jatuh cinta pandang pertama dengan bintang Juventus itu selepas mereka bertemu ketika dia bekerja di sebuah butik mewah di Madrid. Georgina Rodriguez mendakwa perasaan itu hadir semasa pertemuan kali pertama pada Jun 2016. "Pertemuan kali pertama dengan Ronaldo ketika saya bekerja di Gucci sebagai pembantu jualan. "Beberapa hari kemudian kami bertemu semula dalam sebuah acara dan baharulah kami berbual di luar waktu kerja saya. Ia cinta pandang pertama untuk kami berdua," katanya dalam satu temu bual bersama majalah Elle. Pasangan itu mempunyai seorang anak diberi nama Alana Martina. Malah Georgina yang juga kacukan Sepanyol sebelah ibu dan Argentina (bapa) turut membesarkan anak kembar Ronaldo, Eva dan Mateo serta Cristianinho, 8. Ronaldo bertemu dengan Georgina kali pertama di butik Gucci. Georgina mengakui dalam satu temu bual bersama majalah Sepanyol, Hola! pada Februari lalu bahawa dia mahu menjadi isteri Ronaldo tetapi menafikan dakwaan mereka sudah bertunang. Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu rutin hariannya banyak dihabiskan bersama semua anaknya. "Rutin saya bermula dengan mengejutkan mereka bangun tidur, memakaikan pakaian dan bersarapan pagi dengan mereka sebelum bermain dan menyediakan makan tengah hari. "Kemudian disusuli dengan aktiviti di gim dan sesi di spa serta menonton televisyen bersama Ronaldo sebelum masuk tidur," katanya. Malah Georgina berkata dia gembira dengan kehidupannya bersama Ronaldo. "Rumah adalah tempat keluarga saya. Tempat di mana saya paling gembira adalah ketika di rumah dengan anak-anak dan juga Ronaldo," katanya. - Mirror.co.uk