MANCHESTER United sering mengikuti perkembangan Luciano Acosta, rakan pasukan Wayne Roone di DC United. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan bintang meningkat naik dalam saingan Major League Soccer (MLS). Dia menjaringkan 10 gol dalam 33 penampilannya sepanjang saingan musim lalu. Pada Januari lalu, Acosta nyaris menyertai Paris Saint-Germain (PSG) kerana pasukan Perancis itu menganggap dia sebagai pengganti kepada Neymar yang masih diketepikan akibat kecederaan kaki. Luciano Acosta. Perjanjian sekitar 8.6 juta pound sterling dipersetujui dengan DC United tetapi PSG menarik diri pada saat akhir sebelum jendela perpindahan pemain ditutup. Menurut The Athletic, United menghantar pemantau bakat untuk melihat perkembangan Acosta. Acosta merupakan pemain yang boleh dibeli United pada harga jauh lebih rendah memandangkan kontraknya bersama DC United akan berakhir pada Disember ini. Pemain kebangsaan Argentina itu bermula agak perlahan pada musim baharu MLS tetapi Rooney percaya rakan pasukannya itu layak menyertai kelab besar. "Dia perlu terus bermotivasi. Dia pemain profesional. Saya yakin dia akan sertai kelab hebat. "Dia masih muda dan berbakat, salah seorang pemain terbaik yang saya pernah beraksi bersama," kata Rooney kepada Washington Post. - Metro.co.uk