suria

"Penyakit kanser buat saya lebih menghargai kehidupan" - Chong Wei

Chong Wei bersama isteri, Datin Wong Mew Choo serta anaknya Kingston dan Terrance.

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendedahkan keperitan yang dilalui sepanjang tempoh melawan penyakit kanser membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik untuk tiga edisi masing-masing pada 2016, 2012 dan 2008 itu berkongsi pengalaman menghidap penyakit itu dalam sebuah temubual eksklusif bersama Yuna Tan yang disiarkan menerusi YouTube pada 4 Februari lalu.

Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September lalu.

Beliau menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.

Artikel berkaitan"Hilang berat badan, namun Chong Wei sihat"

Artikel berkaitan : "Tunggu saya. Saya akan kembali ke gelanggang" - Chong Wei


Chong Wei menjalani rawatan di Taiwan September lalu.

"Kanser telah membuka mata saya untuk lebih mengutamakan kehidupan.

"Saya berlatih dan bermain bersungguh-sungguh sepanjang hidup saya.

"Menentang Peter Gade (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia), Lin Dan (China), Bao Chun Lai (China), Lee Hyun-il (Korea Selatan) dan lain-lain.

"Tiada seorang pun yang kental seperti mana saya melawan kanser," ujar Chong Wei di status lamanTwitter miliknya pada Rabu.

Chong Wei berhasrat untuk kembali ke gelanggang menjalani latihan awal tahun ini bagi mempertahankan gelaran juara Terbuka Malaysia yang dimenangi sebanyak 12 kali, namun hasratnya itu terpaksa ditunda atas nasihat doktor.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu terpaksa berehat daripada menyertai sebarang kejohanan selama lapan bulan selepas menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.

Lee Chong Wei, Kanser hidung

Artikel Lain