suria

Solskjaer mahu guna kaedah Ferguson sekat Messi di Old Trafford

Ferguson berdepan dengan Messi sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan 2011. Foto: Getty

OLE Gunnar Solskjaer menggunakan kaedah Sir Alex Ferguson sepanjang tempohnya menguruskan Manchester United.

Malah Solskjaer dijangka akan menggunakan kaedah sama dalam misi menghalang Lionel Messi ketika berdepan Barcelona dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Bintang Argentina itu dianggap 'masalah besar' di Old Trafford apabila Messi sentiasa menampilkan aksi mengagumkan dan gagal dihalang oleh pemain di setiap sudut.

Malah Ferguison juga pernah menjadi saksi kekalahan United di tangan Messi ketika final 2009 dan 2011.

Namun Ferguson percaya ada kaedah tersendiri untuk minimakan pergerakan Messi dengan cara 'man-to-man'.

"Anda perlu ada pemain belakang yang sentaisa bersedia untuk menghalang Messi dari bahagian kanan. Jangan risau apa yang berlaku di belakang mereka.

"Dan dari situ dia akan ke sisi lain. Itu tidak mengapa," tulis Ferguson dalam buku autibiografinya pada tahun 2013. -metro.co.uk

Artikel Lain