suria

United tewas tipis gara-gara gol sendiri, Messi pulang dengan muka 'berparut'

Messi mengalami kecederaan di muka akibat terkena siku Smalling.

OLE Gunnar Solskjaer yakin Manchester United akan bangkit daripada ketinggalan satu gol pada saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara bertemu Barcelona.

Skuad Solskjaer tewas tipis kepada Barca pada aksi di Old Trafford awal pagi Khamis yang menyaksikan jaringan tunggal lawan hasil daripada gol sendiri oleh Luke Shaw.

Tiada penyudah tepat menyebabkan United terpaksa menelan kekecewaan itu, namun Solskjaer yankin akan mendapat keputusan positif di Nou Camp minggu depan.

Aksi timbal balik suku akhir di Nou Camp 16 April ini.

"Kami bertemu dengan pasukan yang bagus. Kami tahu anda telah melakukan banyak pertahanan walaupun tanpa bola dan mungkin anda menjadi penat untuk dapatkan peluang terbaik.

"Kami akan pergi ke sana dengan satu fokus,  jaringkan gol," jelasnya kepada BT Sport.

Dalam pada itu, pemain prolifik Barca, Lionel Messi pulang dengan muka berparut apabila mengalami kecederaan akibat terkena siku Chris Smalling.

Messi dilihat terjatuh selepas dihalang Smalling menyebabkan matanya dan hidungnya berdarah.-eurosport.com

Manchester United, Lionel Messi

Artikel Lain