BEKAS kapten Liverpool Tommy Smith meninggal dunia pada usia 74 tahun. Smith yang digelar 'Anfield Iron' meninggal dunia dunia minit sebelum anak perempuannya tiba untuk bertemu buat kali terakhir. Smith yang mengalami demensia meninggal dunia ketika tidur pada Jumaat. Legenda The Reds itu juga kehilangan isterinya empat tahun lalu akibat penyakit yang sama. Bekas pemain Liverpool Jamie Carragher dan Michael Owen menyifatkan Smith sebagai salah seorang pemain hebat sepanjang masa. Smith (kiri) bersama rakan sepasukan ketika menjulang trofi Piala European buat julung kalinya pada tahun 1977. Anaknya Janette Simpson memberitahu, mereka sekeluarga amat sedih dengan pemergian Smith. "Ayah pergi dengan tenang ketika tidur selepas pukul 4.30 petang hari ini (Jumaat) di Green Heyes Nursing, Park Road, Waterloo, Crosby. "Saya dalam perjalanan untuk bertemu dengannya, dua minit sebelum tiba. "Dia mengalami kesukaran dan menderita akibat pelbagai penyakit sejak tiga bulan lalu. "Kami semua amat merasai kehilangannya," jelas Simpson. Smith antara watak penting dalam skuad Liverpool ketika menjuarai Piala European 1977 yang menyaksikan jaringannya membawa The Red menjulang trofi itu buat kali pertama. Dia merupakan kapten kelab yang disertai sejak kecil dan tampil dan mencatat rekod 638 kali penampilan bersama Liverpool.-Dailymail.co.uk