suria

Laporan perpindahan buat bapa Mbappe 'fed up'

Wilfried naik bosan apabila selalu membaca laporan mengenai perpindahan anaknya.

BAPA kepada bintang muda Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe naik 'fed up' dengan spekulasi mengaitkan pemain itu akan berpindah.

Pemain berusia 20 tahun itu dikaitkan dengan Real Madrid.

Wilfried Mbappe berkata dia mengikuti perkembangan laporan mengenai anaknya di media.

Namun jika laporan mengenai perpindahan, ia membuat Wilfried hilang minat untuk membaca.

Mbappe makin menjadi perhatian kelab-kelab terkemuka dunia.

"Sebelum ini saya selalu membaca dan menonton semuanya, tetapi tidak lagi.

"Ia seperti kek coklat, jika anda makan terlalu banyak, akan membuatkan anda sakit perut. Kadang-kala terdapat maklumat tidak betul juga.

"OK, Kylian adalah 'public person', tetapi saya tidak faham kerana setiap hari ada sahaja mengenainya. Ia memalukan.

"Saya tidak lagi dapat melakukan perkara yang selalu kami buat setiap hari. Kadang-kala kami perlukan ketenangan. Hari ini, semua orang sudah kenal namanya," jelas bapa pemain Perancis itu.

Kylian antara pemain muda yang menjadi perhatian seluruh dunia dengan merakam 33 gol dalam 38 perlawanan bersama PSG musim ini.

Ia menjadikan minat Real terhadap penyerang ini semakin tinggi untuk menggantikan tempat Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus musim lalu. -dailymail.co.uk

Kylian Mbappe, PSG, Perancis

Artikel Lain