CHRIS Sutton menyelar prestasi Ashley Young selepas perlawanan bertemu Barcelona Khamis lalu. Kapten Red Devils itu berada dalam skuad Ole Gunnar Solskjaer ketika aksi tewas 1-0 saingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara. Sutton yang merupakan bekas penyerang England memberi pandangan tersendiri terhadap pemain pertahanan itu. Ketika bercakap kepada Robbie Savange di BT Sport, Sutton berkata: "Mari jelaskan secara betul, dia adalah kapten United dan pemain pertahanan kanan paling teruk." Penyokong-penyokong United tidak gembira dengan pemain berusia 33 tahun itu terhadap pemilikan bola. Lebih tepat, dia terlepas bola 30 kali ketika perlawanan di Old Trafford dan juga gagal melakukan hantaran silang individu. Young merekodkan 237 penampilan bersama United dan menjaringkan 18 gol serta 42 kali sebagai pembantu gol kepada rakan sepasukannya. Sir Alex Ferguson mengikat Young pada 2011 dari Aston Villa dengan nilai perpindahan 17 juta paun (RM92 juta).-Dailymail.co.uk