suria

Pemain kriket disahkan bersalah rogol wanita sedang tidur

Alex Hepburn didakwa melakukan perbuatan itu pada April 2017.

PEMAIN kriket kelahiran Australia, Alex Hepburn disahkan bersalah atas tuduhan rogol pada tahun 2017.

Dia melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas seorang wanita yang sedang tidur yang mana ia merupakan sebahagian daripada permainan seks yang dianjurkan menerusi aplikasi WhatsApp bersama temannya.

Hepburn, 23,  didakwa atas kesalahan rogol kelas kedua.

Mangsa sebelum itu melakukan hubungan intim dengan rakan sepasukan Hepburn iaitu Joe Clarke di sebuah Apartmen di Worcester, England pada 1 April 2017.

Hepburn bakal dikenakan hukuman bermula 30 April ini.

Hakim memberi bayangan bahawa hukuman penjara akan dikenakan ke atasnya namun ia belum dipastikan lagi setakat ini.

Dia mula digantung daripada sukan itu sejak dua kes berkenaan dimulakan pendakwaan sekitar September 2017. - BBC.

Alex Hepburn, rogol

Artikel Lain