suria

Ada lagi pemain sedang diintai, KFA akan terus terbangkan pemain muda ke luar negara

Penolong Pengurus Piala Presiden Amirul Nizam Mahadzir (tiga kiri) bersama tiga pemain belia yang terpilih ke Cardiff City bulan lalu. Foto: KFA

PERSATUAN  Bolasepak Kedah (KFA) mahu terus memberikan perhatian khusus kepada program pembangunan dengan menghantar lebih ramai lagi pemain muda berkelana di luar negara.

Sebelum ini empat pemain muda skuad Helang Merah telah menjalani sesi latihan selama sebulan bersama skuad Bawah 23 tahun (B-23) di Akademi Cardiff City dan telah pulang Khamis lalu.

Setiausaha Eksekutif KFA, Sharul Samsudin berkata pihaknya sentiasa berusaha keras untuk mengembangkan potensi pemain-pemain muda dengan memberikan pendedahan di luar negara.

ARTIKEL BERKAITANKedah terbangkan 4 pemain muda ke Cardiff City

"Sebenarnya program ini KFA telah mulakan dari tahun 2015 dan ini penghantaran kali kedua yang mana kita mengambil dua pemain daripada pasukan Liga Super dan Piala Presiden.

Sharul Shamsudin.

"Untuk jangka masa sebulan itu, mereka berlatih dengan pasukan B-23 Cardiff City dan program ini bertujuan untuk projek pembangunan jangka masa panjang KFA.

"Sebenarnya KFA ada dua program sejak 2015 dengan Cardiff City dan Perth Glory.

"Jika tidak silap, kita telah menghantar pemain sebanyak dua kali ke Perth Glory dan dua kali ke Cardiff City," jelasnya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Jelas Sharul, KFA dijangka akan mengintai pemain dari kelompok B-17 Kedah untuk terus diketengahkan ke program pembangunan ini.

"Mungkin selepas ini ada lagi pemain dari Piala Belia atau bawah 17 tahun yang akan dihantar sama ada ke Cardiff City atau kelab Australia, Perth Glory," tambahnya.

Empat pemain yang terbang ke Cardiff City bulan lalu ialah Mohd Fazrul Danel dan Mohammad Asri yang telah kembali melapor diri bersama skuad Liga Super manakala Aminuddin dan Mohamad Suhaimie dari skuad Piala Presiden Kedah.

KFA, pemain muda, Cardiff City

Artikel Lain