GOLONGAN wanita diberi keistimewaan untuk hadir menyaksikan perlawanan Liga Super Selangor menentang Felda United pada Selasa.
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memgambil inisiatif untuk memeriahkan Stadium Shah Alam dengan kehadiran penyokong-penyokong wanita.
Sempena 'FAS Ladies Night', semua penyokong wanita tidak perlukan sebarang tiket dan boleh terus masuk.
Lebih menarik FA Selangor turut meminta pandangan daripada semua penyokong Gergasi Merah mengenai cadangan lagu yang akan diputarkan malam esok sempena Ladies Night.
Inisiatif FA Selangor itu rata-rata mendapat pujian netizen dan disambut baik dalam usahanya menyaksikan lebih ramai kaum wanita hadir ke stadium.
"Satu inisiatif yang bagus dari FA Selangor untuk menarik golongan wanita turun ke stadium. Sekali turun pasti akan turun lagi. Good job FAS!" tweet Hykal Mahmood.