PENGURUS Juventus Massimiliano Allegri tampil menepis tanggapan bahawa skuadnya hanya bergantung kepada Cristiano Ronaldo sahaja. Kelab gergasi Itali itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara apabila tewas di tangan Ajax bagi saingan suku akhir kedua (agregat 3-2) awal pagi Rabu. Ronaldo menjaringkan kedua-dua gol dalam saingan suku akhir ini, namun ia belum cukup untuk mengejutkan Ajax. Kekalahan ini menyaksikan Ronaldo gagal ke ke final buat kali pertama dalam tempoh empat tahun. Sebelum ini Ronaldo yang beraksi bersama Real Madrid merakam kejayaan menjulang trofi ini dalam tempoh tiga kali berturut-turut. Pemain-pemain Ajax merai kejayaan menyingkirkan Juventus. Kapten Portugal itu berpindah ke Juve musim lepas. "Bukan dan pastinya bukan. Ronaldo telah memberi sepenuhkan sepanjang kempen ini berlangsung, tetapi apabila bermain di suku akhir, kamu perlukan semua pemain. "Saya selalu berpesan bahawa jika ini menjuarai Liga Juara-Juara, anda perlu mencapai tahap tertentu dalam prestasi dan kecergasan. "Kami berada dalam situasi sedikit kecemasan sementara. "Kami terlepas empat atau lima pemain malam ini. Daniele Rugani dan Leonardo Bonucci menunjukkan prestasi baik dalam tempoh 50 minit. "Tetapi kami tewas dari segi kerjasama dan corak organisasi menyebabkan Ajax mengambil peluang itu," ujar Allegri. Tambahnya, dia telah bertemu dengan presiden (Andrea Agnelli) beberapa hari sebelum ini. "Saya beritahunya untuk kekal di Juventus. Kami akan duduk berbicang dengan kelab dan kembali berfikir masa depan. -Dailymail.co.uk