suria

Beckham dirakam memandu sambil guna telefon bimbit

Beckham dikesan memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

BEKAS bintang Manchester United, David Beckham bakal dikenakan larangan memandu selepas mengaku memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Ini bermaksud Bekcham mungkin terpaksa naik mahkamah untuk dijatuhi hukuman bulan depan.

Beckham didakwa atas kesalahan memandu selepas perbuatannya bermain telefon bimbit semasa memandu berjaya dirakam orang awam.

Kes kesalahan bekas pemain kebangsaan England itu didengar oleh Makhamah Majistret Lavender Hill pada Rabu.

Bekcham mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu.

Perbicaraan ditangguhkan atas alasan yang tidak diketahui dan seorang jurucakap mahkamah memberitahu kes itu dihantar kembali ke Mahkamah Majistret Bromley untuk diselesaikan.

Menurut kertas pertuduhan, Bekcham dikesan memandu sambil menggunakan telefon bimbit di Great Portland Street pada 21 November lalu.

Beckham turut dikenakan denda kerana memandu melebihi had laju ditetapkan di barat London, dua bulan lalu. - Metro.co.uk

Artikel Lain