suria

Luahan sayu Ronaldo pada ibu, akui tak mampu hasilkan keajaiban

Ronaldo ternyata kecewa dengan kekalahan itu.

JUVENTUS ternyata tidak menyangka bahawa mereka akan tersingkir dalam perjalanan mereka untuk merebut takhta utama Liga Juara-Juara UEFA.

Turut terasa tentulah bintang utama pasukan itu, Cristiano Ronaldo.

Dalam pada itu, ibu Ronaldo, Dolores Aveiro mendedahkan isi hati anaknya selepas kekalahan itu.

"Dia sedih, dia kata dia mahu ke pusingan akhir.

"Dia kata mungkin ada peluang lagi lain kali.

"Apa dia kata pada saya? Mak, saya tak boleh hasilkan keajaiban," ujar Dolores.

Bintang senasi itu ternyata sedih dan kecewa namun dia komited untuk berusaha lebih keras bersama pasukannya.

Kelab gergasi Itali itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara apabila tewas di tangan Ajax bagi saingan suku akhir kedua (agregat 3-2) awal pagi Rabu.
 - Calciomercato

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan