PENGURUS Chelsea Maurizio Sarri kecewa dengan skuadnya biar pun berjaya menempah tiket ke serparuh akhir Liga Europa. The Blues menang 4-3 ke atas Slavia Prague di Stamford Bridge awal pagi Jumaat. "Kami bermula dengan teruk pada babak kedua tetapi saya gembira mereka bermain dengan baik 45 minit pertama. "Kami berjaya ke separuh akhir Eropah dan ia sangat penting. "Kami sedar perlawanan akan sengit. Mereka mempunyak kualiti dan banyak berlari, kelajuan di setiap meter," jelasnya. Sarri geram dengan pemain-pemainnya pada babak kedua perlawanan bertemu Slavia Prague. Sementara itu penyerang Olivier Giroud berkata: "Kami bermula dengan tujuan yang baik. "Kami cekap di bahagian dan kukuh di benteng pertahanan namun kekuatan menurun selepas rehat separuh masa pertama. "Pasukan ini tidak pernah berputus asa dan 10 minit terakhir kami berada di bahagian kotak. "Ia perlawanan yang bagus dan kini kami mara ke separuh akhir," ujarnya.-Eurosport