suria

Ronaldo mungkin tinggal Juventus 2 tahun lebih awal

Cristiano Ronaldo. Foto AFP

CRISTIANO Ronaldo merancang untuk meninggalkan Juventus dua tahun sebelum kontraknya berakhir, menurut beberapa laporan di Itali.

Laporan La Repubblica dan Gazzetta dello Sport mendakwa Ronaldo berang dengan Juventus terkeluar dari suku akhir Liga Juara-Juara di tangan Ajax.

Keputusan itu menunjukkan dia tidak menyertai saingan separuh akhir buat pertama kali sejak kempen 2009/2010.

Gazzetta memberitahu ia merupakan 'kekalahan senyap' di kem Juventus selepas Ajax yang berpangkalan di Amsterdam itu meraih kemenangan 201, mengukuhkan kedudukan dengan 3-2 agregat.

Pernah memenangi sekali semasa dengan Manchester United dan empat kali dengan Real Madrid, Ronaldo dilihat sebagai individu yang akan mengakhiri kemarau gelaran liga yang begitu lama dinantikan Juventus.

Juventus memenangi kejohanan itu dua kali, tetapi kali terakhir pada 1996 dan mereka kecundang dalam saingan akhir sebanyak dua kali, dengan Barcelona pada 2015 dan Real Madrid pada 2017.

Laporan-laporan di Itali mendakwa Ronaldo mahu perubahan mendadak dalam skuadnya kerana dia menyasarkan kemenangan dalam Liga Juara-Juara pada 2020.

Tambah laporan tersebut, pemain kelahiran Portugal itu yang sedia bersama dengan Juventus sehingga musim depan, mungkin akan meninggalkannya separuh daripada kontrak empat tahunnya. - Mirror UK

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Lain