suria

Messi patut menang Ballon d'Or - Legenda Barcelona

Lionel Messi. Foto Reuters

BEKAS bintang Barcelona, Rivaldo percaya Lionel Messi berhak untuk memenangi anugerah Ballon d'Or yang akan datang.

Messi telah memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali tetapi hanya menamatkan dalam kedudukan kelima menerusi undian terbaharu pada Disember 2018.

Pada musim ini, Messi telah menjaringkan 45 gol dalam 42 perlawanan di semua kejohanan, dengan Barcelona berada di landasan untuk memenangi gelaran La Liga.

Rivaldo merasakan bahawa eksploitasi Messi harus diberi ganjaran dengan menamakannya sebagai pemain terbaik di dunia.

Bercakap kepada Goal, Rivaldo berkata: "Mustahil untuk menggambarkan Messi."

"Saya begitu mengangguminya dan saya selalu mengatakan rasa sedih kerana dia tidak pernah memenangi Piala Dunia dengan Argentina. Ia adalah anugerah yang dia layak kerana pemain bertaraf dunia seperti dia pastinya menjadi juara dunia.

"Dia telah menjaringkan gol, memberikan bantuan dan menjadi penjaring terbanyak dalam La Liga untuk tempoh yang panjang dan saya rasa apa yang telah dilakukannya di Liga Juara-Juara seharusnya diiktiraf," katanya. - Daily Mail UK

Lionel Messi, Ballon d'Or

Artikel Lain