suria

Manchester United terbuka jual Lukaku

Romelu Lukaku. Foto Reuters

ROMELU Lukaku terbuka untuk menjual Romelu Lukaku pada musim panas ini sekiranya mereka menemui kelab yang sanggup memenuhi nilai jualan dan terma peribadi pemain itu.

Lukaku menyertai United dari Everton pada 2017 dalam perjanjian bernilai £75 juta (RM403 juta) dan tambahan £15 juta (RM81 juta), dan masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya di Old Trafford.

Dia bagaimanapun telah digantikan oleh Marcus Rashford sebagai pilihan penyerang utama.

Ini sekali gus memperlihatakan Lukaku bukan lagi sesuai menjadi tunggak pemain, terutama dengan corak kepimpinan pengurus baharu, Ole Gunnar Solskjaer.

Dipercayai pengurus Manchester United bersedia untuk menjual pemain berusia 25 tahun itu pada musim panas ini apabila beliau memulakan besar-besaran dalam skuad dan Lukaku dibuka untuk perpindahan. 

Manchester United mahu membuat keuntungan dengan menjual pemain yang telah menjaringkan 42 gol dalam 93 kemunculan, jadi mungkin sukar untuk mencari pembeli yang juga harus memenuhi bayaran Lukaku setinggi £250,000 (RM1.34 juta) seminggu.

Beberapa kelab utama Eropah difahamkan menghubungi wakil pemain itu selepas ejennya, Federico Pastorello mengakui awal bulan ini bahawa perpindahan ke Itali atau Sepanyol akan dipertimbangkan. - Daily Mail UK

Manchester United, Romelu Lukaku

Artikel Lain