suria

Selepas 3 bulan tanpa aksi, Neymar kini teruja turun padang

Neymar (kanan) kelihatan cergas ketika menjalani latihan bersama pasukannya menjelang perlawanan bertemu AS Monaco Ahad ini.

NEYMAR bakal kembali selepas tiga bulan tanpa kelibatnya di padang.

Bintang Brazil itu tidak beraksi sejak 23 Januari lalu selepas mengalami kecederaan di kaki kanannya.

Neymar bakal disenaraikan dalam barisan skuad utama menjelang perlawanan Paris Saint-Germain (PSG) bertemu AS Monaco Ahad ini.

Neymar (tengah) hanya jadi penonton sejak tiga bulan lalu.

Perlawanan tersebut bakal menyaksikan skuad bimbingan Thomas Tuchel menjulang trofi Ligue 1 musim ini.

PSG kukuh menguasai kedudukan liga dengan 81 mata, meninggalkan LOSC di tempat kedua dengan 64 mata.

Pemain berusia 27 tahun itu juga akan menjalani latihan kecergasan terlebih dahulu, namun dia tidak berdepan dengan masalah selepas kelihatan selesa minggu ini.

PSG sebelum ini tewas dalam sua perlawanan liga bertemu Lille dan Nantes tetapi dijangka akan lebih mantap dengan kehadiran dua lagi pemain Marquinhos dan Angel Di Maria.-Onefootball

Neymar, PSG, Ligue 1

Artikel Lain