PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo menghabiskan masa lapangnya untuk bercuti bersama teman wanita, Georgina Rodriguez. Dia kini berada di Dubrovnik, Croatia bersama wanita itu selepas membantu pasukannya Juventus membenam Fiorentina 2-1 pada Sabtu. Percutian tiga hari Ronaldo di kawasan perairan itu dianggarkan berjumlah £17.3 (RM92,350). Ia termasuklah kos villa di tepi lautan Adriatic yang bernilai £7,000 (RM37,367) untuk satu malam. Bilik inapan dua pasangan itu dikatakan dihias dengan dekorasi bunga dan mempunyai siling yang tinggi. Malah, villa yang dinamakan Scheherezade itu mempunyai lima bilik tidur, kolam renang dan jakuzi. Lebih menarik, ia turut hadir dengan pakej pantai peribadi khusus untuk tetamu villa berkenaan. Sepanjang berada di sana, Ronaldo dan Georgina sempat melawat Pulau Lopud dan bergambar dengan kakitangan di sana. - Mirror.